Wednesday, June 17, 2009

.:: HeY HeY hEy Vs SupErMaN ::.

SuPeRmaN kaH AkU...Fireee!!!!beebeebeebee..beeeep...beeepp.....

Chinta?? Love?? Juzz a simple word.. Juzz 4 letters, L.O.V.E.. klao dlm mlayu pnjang r skit,
C.I.N.T.A, tp klao mlayu lama lg la pnjang, C.H.I.N.T.A...hua3


Actually, untuk siapakah sbnarnya Chinta dicipta? Ada yg mngatakan Chinta itu buta dan
membutakan.. Ada pula yg mengatakan Chinta itu madu, tp ada pullowk yg kata chinta itu
rachun.. Cheh!!, mcm2 tul la org nk mlabelkan chinta..


Tapi bagi aku, Chinta nih hanya umpama udara(oksigen-manusia, karbon dioksida-
tumbuhan) yg disedut stiap saat.. Ia sentiasa wujud, wlaopon xdapat dlihat namun
khadirannya dapat dirasai.. Dan apa yang penting, ia sangat diperlukan dalam hidup..
Matilah manusia tanpa chinta umpama matinya manusia tanpa udara(oksigen)..


Chinta itu pula terbahaginya kepada pelbagai pecahan dan bahagian.. Banyak topik, buku,
majalah, kitab, syarahan, ceramah hatta kuliah yang membicara dan berhujah
mengenainya.. Tp apa yg bakal tercoret dsini bukanlah suatu hukum, hujah atao
perdebatan.. Tp hanya sekadar secebis luahan rasa, apa yang dirasa, apa yang difikir
atao yang terhasil dari pengalaman hidup.. Wooha!!!


But, actually tetiba aku trasa sedap la jugak lagu si Liyana Jasmay - Aku Tak Percaya Cinta
tuh.. Wlaopun bnyak aku dengaq sora2 menyatakan xsedap la, chiplak lagu avrill lavingn
la n ntah apa lg yg org cakap... Pd aku, ok la kn klao nk bnding dgn sogha2 mmber2 aku n
sogha aku kira sedap lg la sogha dia tuh, tambahan pulak dok mlayan smbil dok mnaip
entry nih..Ahakkzzz


"Hey hey hey hey
Aku tak percaya cinta
Aku tak percaya cinta
Aku tak percaya C I N T A"

"Aku tahu kau ingin bercinta
janganlah cepat jatuh cinta
berkawan dahulu baru ceritanya sempurna"


Tp, si Liyana nih nyanyi lagu nih mmg tulus dr apa yg drasakan atao juzz skadar mnyanyi
bantaii jerr ikut lirikk.. iyo lah, btull ka xpercaya chinta konon... Binatang pown pndai
berchinta, inikan pula manusia.. Cuma manusia yg mati hatinya sj yg tak percaya chinta
atao tidak dpt merasakan khadiran chinta.. Chinta Allah, Chinta Rasul, Chinta kitab,
Chinta Makhluk, Chinta Alam.. Apakah maknanya hidup jika tanpa chinta???


And The next SoNg yang agak menarik minat aku..lagu tajuk dia "Bukan Superman"
klao xsilap aku la.. Hurmm..Bley tahan la sogha budak tuh..Ha3


Aku bukanlah superman
Aku juga bisa nangis
Jika kekasih hatiku
Pergi meninggalkan aku

Ayahku selalu Berkata padaku
Laki laki tak boleh Nangis

Harus Slalu Kuat
Harus Slalu tangguh
Harus bisa jadi tahan banting

Tapi ternyata, Sakit nya cinta
Buat aku menangis

Ayahku selalu, Memarahi aku
Jika Jatuh Air mataku

Kata ayah Slalu, Air mata itu
Adalah tanda kelemahan

Tapi Ternyata Air Mataku
Ternyata Jatuh Juga

Tapi, klao berdasarkn pd pngalaman haku la, sampai masa skrg, aku xpnah jumpa lg la
mn2 laki yg "menangis kerana chinta".. Xtao la klao ada sapa2 pnah jumpa atao
alaminya sndiri, tp mmg aku xpnah jumpa la..hu3


Actually,apa yg aku musykilkan, btul ka khilangan Chinta itu sungguh menyakitkan??
Btul ka air mata tuh tnda kelemahan?? Then, btulkah juga laki2 xbley nangis?? Cehh,
rasanya lagu nih klao just nk wat layan2 goyang kaki n kpala leh la.. Tp xssuai klao nk
wat masuk otak.. X dak unsur pendidikan langshungg!! Ha3



P/S ; SuPeRmaN-Kah KiTa????Whuuussss!!!!!

Thursday, June 11, 2009

.:: PeMbeRiE DaN PenEriEMa ::.

SaLiNglaH LeNgkaP MeLenGkaPiE

Jam Laptop memberikan kiraan waktu 6:10 Ptg, bermakna saat penentuan ada lagi lbih
kurang sejam stngah lg..Perhitungan perlu dilakukan, akan aku kerjakan habish
habishann..Woohaa!!


Errkk...Bagaimana dgn prsiapan nya?? Dah ready kah aku?? Apa lagie, spantas kilat aku
p
own mnegakkan badan, pejamkan mata, mbik feel skit...errmm....(senyap sunyi).. Ok,
aku da ready!! Haha


Errmml, actually mlm nih aku akan berperanan kedua2nya sbgai pemberie dan juga sbgai
pneriema..Ahakkzz.. ??? Yerr la, sbgai manusia xderr yang perfect-bak lagu simple Plan-
(Sorry, i can't be perfect).. So adatnya kita perlu la saling bantu membantu dan lengkap
melengkapi sesama kita.. Baru hidup inie dirasakan hidup, tidak kosong, terbeban atao
sering menyalahkan takdir, mempertikaikan dimanakah keadilan dan sebagainya...


Sememangnya Hadith ada menyatakan bahawa tangan yg diatas itu lbih baik dari tangan
yg dibawah, atao yang aku fahami, yang memberi itu adalah lebih mulia atao baik
berbanding yang menerima, atao lebih dasyat lg yang meminta-minta..


Opps, nmpaknya masa berdetik dgn begitu pantas!! Aku perlu mantapkan dirie dan
bersiap sedia nih..Ha3

Nanti lpas maghrib segalanya akan bermula.. Xsabo plak rasanyo...Adoyaiii...

Well, apa pown Thnx la diucapkan kpd Fizie yang mn mrupakan pemberi dan pnerima
terbesar dlm hal nih.. Aku????

Juga pemberi dan penerima, cuma errkk...Mcm mn nk huraikan ekk...Kira kechil-kechilan
punya pemberi dan pnerima lah..Woohaa!!!



--------------BeRsaMbuNg SetELaH SegAlaNya SeLesAI NaNti-----------

Sesudah ......




















Alhamdulillah... Rezeki MINALLAH... Akhirnya tugas aku sbgai pemberi dan penerima pown selesai... Aku dah membantu Fizie dgn memberikan pahala disamping menerima tawaran dan hasil daripada "Sponser" beliao..Ahakkzz

Tq fizie diatas pemberian ( Sponser) yang dilakukan.. Walaopon lbih 3Rtus da dhbiskn utk kitorang, namun xla sia2 pown sebab beliao pown turut menerima pahala... Tull kann...Hu3

Seedap ooo... Beshh tull la td..Yummm...

Fizie, lain kali klao ada lg yg semacam nih..Hebah2 kan la ekk... Aku sukerrr...

P/S : BiLakaH PuLowk Aku MeNjaDie PeMbeRie UtaMa??? Adussshhhh

Thursday, June 4, 2009

.:: BuLaN - BiNtAnG - MeNtaRi ::.

SiaPaKah PaSaNgaN SiaPa Kah??

Aku, Bulan, Bintang, Mentari, Kau.... Huhh.. Tetiba lagu sebak la plak yang terpasang dlm
winamp aku ni.. Lestari - Airmata di persandinganmu ..Feeling la pullowk..Ahakkzzz


------------------------------------------
Alangkah hancur dan berkecainya hatiku

Bila ku terdengar berita perkahwinanmu
Gementar hatiku diam tak terkata
Menahan sebaknya di dada

Kutahukah engkau sesungguhnya hati ini
Masih lagi menyayangi dan merinduiku
Dan belum pun sempat ku membalut luka
Kau menambahkan lagi kelukaan ini sampai hatimu

Setelah kian lama terpisah
Ku harap akan bertemu lagi
Puaslah aku menunggumu
Namun kau masih membisu

Rupanya engkau sudah pun ada pengganti diriku
Patutlah kau tak pedulikan ku
Oh berderai airmata ku mengiringi hari
Persandinganmu

Walaupun pahit kenyataan ini
Terpaksa aku hadapi
Kenangan lalu terimbas kembali
Terhiris hatiku
------------------------------------------


Eh, Tp rsnya lagu nih xda kowt kaitannya dgn entry nih..wOohaa!!

Setiap benda mmg diciptakan berpasangan.. Stiap suatu pasti ada pasangannya.. Lelaki +
perempuan, hidup + mati, lapar + kenyang, siang + malam dll.. Tp ada kalanya aku terfikir,
sejauh manakah kebenaran lagu Def Gab C - Cinta Sakti.. Jika Bulan pasangannya Bintang,
bagaimanakah pula dengan Mentari..


------------------------------------------
Bintang pasangannya bulan

Langit pasangannya bumi
Malam pasangannya siang
Apa pasangannya mentari "
------------------------------------------


Jika kita amati, ketiga-tiga ciptaan Tuhan ini sememangnya unik.. Bulan dan Mentari
spertimana yg kita tao, hanya satu..Tiada dua atau tiganya..Walau dimana-mana bahagian
bumi kita berada, hatta di bulan sekalipon, kita akan menatap mentari dan bulan yang sama..


Jika kita baca hasil-hasil sastera, atao bait-bait lagu chinta, apa yg akan kita dapati, bulan
sering digandingkan dgn bintang utk mggmbarkan keindahan, keserasian, kesempurnaan,
atao pelengkap antara satu sama lain.. Hingga Mentari dilupakan dan disisihkan..


Namun benarkah penyataan bahwa BintaNg pasangannya BuLan?? Sedangkan kita sendiri
sedar bulan tidak akan bersinar dengan sendirinya.. Siapakah Bulan tanpa mentari.. Tanpa
Mentari, maka Bulan tidak akan wujud malah akan Ghaib dr pandangan ahli Bumi.. Malam
kan suram, gelap, malap dan gelita.. Tanpa Mentari, maka bintang juga akan bersinar
menyendiri menghiasi dada langit dimalam hari.. Sunyi, sepi, biarpun ditemani
teman-teman kluarga bintang yang lain.. Jadi, siapakh sbnarnya pasangannya Bulan?
Bintang atao Mentari??


Seandainya benar penyataan Bulan pasangannya Bintang.. Bagaimanakah pula hubungan ini
dapat dijelaskan.. Jika dilihat dari pandangan Ahli Bumi, mmg indah, chantik dan bahagia
sekali melihat Bulan dihiasi bintang.. Namun, ketahui akan kita bahawa bintang yang dilihat
begitu akrab dengan bulan, sebenarnya berada kira-kira 4 tahun cahaya dari masing-masing.


Jadinya, apakah Bulan sbnarnya berpasangan Mentari? Ya, memandangkan betapa
pentingnya mentari bagi si bulan..Tapi...Kesukaran yang timbul, bulan dan mentari
mempunyai tugas dan peranannya masing2. Si Mentari tugasnya menerangi siang,
memanaskan bumi disamping membantu hidup-hidupan untuk terus hidup.
Manakala Sang bulan tugasnya untuk menghiasi malam di samping para sang bintang..


Mentari yang sentiasa berkorban dgn mmbakar diri demi kesempurnaan dan keindahan
bulan tanpa minta dibalas walao sering disisih dan dilupakan, manakala si bulan yang tidak
mampu bercahaya dgn sendiri hingga mengharapkan belas ihsan cahaya bakaran Mentari
untuk kelihatan sempurna dan chantik biarpun hakikatnya ia tidak sempurna. Atao
Bintang yang sering digandingkan dgn bulan, sentiasa bercahaya dan bersinar dgn hasil
cahayanya sendiri, membantu mengindahkan lagi si bulan dan menjadi dirinya sebenar...


P/s : JiKa DibEri PiLihaN UntUk MeNjaDi MentaRi, BulaN AtaO BiNtaNg, YaNg MaNa SatUkaH PilIhaN haTi??AdoYaiii...

Monday, May 25, 2009

.:: BosS!! ::.

UntUk SeNanG aTaU UntUk SusAh??

BOSS?? Apa tue BOSS??Jnama minyak wangi ka? Jnama sluaq jeans ka? xpon nama orang? Ha3
Apa punya sengal la klao tuh pon xtao, BOSS mst la sowang ketua atao Otai la org kata dlm
satu2 organisasi atau tempat.. Btul la kan.. Klao rs xyakin, kna la buka kamus cr makna sbnar..
Pastuh gtao kat aku sama, sbb aku pon x mnyempat nk buka semak kamus...Hu3


Tp sbnarnya apa yang aku cuba nak kupas kat sini bukan la tentang pengertian BOSS ka hapa ka..
Cuma nk mmbawa minda aku yg dah berkarat nih (agaknya lah) untuk menyelami apakah yg
aku paham tntang seseorang yg dinamakan BOSS...


Aku tertanya-tanya la jugak (sekali-sekala) apa tujuan seseorang tuh nk jadi BOSS??
Apakah disebabkan dia nk senang atao nak susah?? Sebab pd aku, kat sinilah kita leh mnilai
apakah sowang BOSS tuh BOSS yang baik atao sowang yg hampeh... Sebab?? Ya la,kita masing2
tai klao jd BOSS maknanya kita jadi ketua..Bila jadi ketua, maknanya jawatan kita besaq la kan..
Bila dah jawatan kita besaq, tanggungjawab pon mst la besaq kn.. Disamping tue, mmg la
xdinafikan umah, keta, gaji pon akan turut sama jd besaq.. So, cuba tanya BOSS2 yang ada
berdekatan kita, dia jadi BOSS sebab nk senang ka sebab nak susah??


Klao BOSS yang nk senang, biasanya dia adalah jnis yang lbih memandang rumah besaq, gaji
besaq, dan keta besaq.. So, BOSS yang jnis nih biasanya adalah jnis yang suka mengarah.. Sikit2
panggil anak buah, sikit2 suruh orang bawahan wat keja nih, sat2 plak suruh wat keja nih..
Tugas dia hanya nk mengarah org wat keja ja.. Hari2 keja dia mengarah.. Ya la, mmg xdinafikan
dah nama BOSS mst la kna mengarah..Tp xkan smpai nk photostat sehelai pon nk mntak org
bawahan wat... Adooyaiii...


Bg kategori yg ke-2, BOSS yang menjadi BOSS sebab nk susah.. BOSS jnis nih mmg xbanyak..
Biasanya dia jnis yang memahami tanggungjawab2 yg bakal dipikul sbgai sowang BOSS..
Dia juga kebiasaannya mempunyai semangat kerja yang kuat dan bijak dlm merancang serta
memberikan arahan atau menguruskan orang2 bawahannya.. BOSS jnis nih biasanya bijak
mendekati org bawahan, malah dihormati serta disukai ramai..


So, maknanya kna jd BOSS untuk susah la ekk?? Tp, mn ada org suka hidup susah.. Ha3
Mmg r, org gila pon xmaonya idup susah.. So, jgn salah paham apa yg aku mksudkn...

Maksud aku,
*Sebenarnya mnjadi BOSS x susah, cuma tanggungjawabnya berat & besar..
*Tnggjwb tu plak, xkn dirasa berat atao besar kalao kita pandai mengurus &
merancang..

*Kita pula akan bijak mengurus dan merancang jika kita paham & tao apa
sbnarnya tugas kita..

*Kita juga akan tao dan paham apa sbnarnya tugas kita klao kita tao & paham
apa tugas setiap org bawahan kita..

*Dan untuk Tao dan paham tugas org bawahan, kita mst lah bijak bergaul &
mendekati org bawahan..
Errkk, ya ka.. Knapa ekk???


Sebabnya, Pada pendapat aku, BOSS yg baik ialah yang bijak menggunakan pendekatan
untuk memberikan arahan dan bukannya yg hanya pandai memberikan arahan.


Hal ini kerana, untuk memberikan sesuatu arahan, seseorang itu hanya memerlukan
keberanian dan keyakinan diri, namun untuk menggunakan pendekatan yg bijak dlm
mmberikan sesuatu arahan, seseorang itu mmerlukan ilmu, kebijaksanaan, kekretivitian
dan juga keberanian. Sedangkan untuk mnjadi BOSS, bukan hanya mmerlukan keberanian
atau keyakinan, tetapi juga memerlukan kebijaksanaan, kekretivitian, dan yg pling penting,
ilmu..


So, BOSS2 yg dluar sana, eh silap..BOSS2 atao bakal2 BOSS yang mmbaca entry aku nih, jgn
hanya pandai mengarah jerr ekk.. Pandai2 la mggunakan pendekatan yg sesuai untk
mmberikan arahan agar org bawahan tak terasa tertekan dgn arahan yg diberikan bahkan
diterima dgn hati terbuka dan pnuh rs hormat..


P/S: Aku mmg respek r BOSS aku!!! U r THe BesT BOSS!!!
OoYeEaahHh...

BOSS yang dihormati ialah BOSS yang menghormati org bawahannya..

Friday, May 22, 2009

.:: GuiTaR Vs GiRlzPreN ::.

Sedang Sedap2 aku merayao2 dlm laluan2 Internet yang penuh pancaroba n berliku2 nih,
tup2 aku terbaca la satu artikel yg mmbuatkn aku terpikir sejauh mnkah kbnarannya ia..
So, aku alang2 ia berjaya mencuri perhatian minda aku, so aku pon mbik la tindakan
mem-paste-kan ia disini..Ahakkzz..

Here are 15 reasons why guitars are better than girlfriends:

01. Girls dump you. A guitar will always be there when you get home.

02. A guitar's minimum requirement is an amp. A girl's minimum requirement is shoes,

clothes, makeup, a mirror, magazines, more shoes and a tiny handbag. And that's every

week!

03. You'll never turn on a girl as fast as you can turn on an amp.

04. If your guitar sounds crap, you can tune it. If your girl talks crap you're stuck with her.

05. Guitar's, unlike girls, have volume control which goes all the way down.

06. If you play your guitar crap, it tells you its crap. It doesn't lie and pretend you did it

right when you didn't!

07. Two girls at once is hard to come by. Double kneck guitars are not.

08. Your guitar makes a sound only when you want it to.

09. Nobody cares when you dump your old, out of date guitar for a new, younger model.

In fact it's encouraged.

10. With a guitar, you can copy tunes from other songs. With a girl, try telling her you're

copying some moves from an ex and she'll throw you out.

11. Your guitar doesn't refuse to let you play it once a month.

12. Your guitar will never find out if you've been playing another guitar behind its back.

13. You don't have to get guitars drunk before using them.

14. You can stare at a guitar all you like, but stare at a girl too long and you'll end up in

an immense amount of pain.

15. Watching other people play the guitar is entertaining. Watching other people do it is

just sick!


Thursday, May 21, 2009

.:: StiCk_Errr ::.

NgaNtuK Dah Niee!!!

Aku cuba gherling tgk jam kat taskbar laptop, aku nmpak angka yg mnunjukkan 12:41 malam,
omputih kata
0041am.. aku plak tak tdoq g..Ya la, klao dh tdoq mcm mn nk taip kat sini
kan..Adoyaiii...Ngigau ka hapa..


Satg pagi2 nk kna pi gherja plak..Nk cr rezeki pnya psal..huhu

Tp xpa, at least hasrat aku da tercapai..Aku br ja siap bermain2 dgn adobe photoshop..Hajatnya
nk wat Sticker, so mybe esok lusa ka aku ingat nk pi tnya kdai tgk..Nk tnya dia klao print sticker
bp hinggit xtao..Huhu


Ok la, mata aku pon da kuyu, lagu kat laptop plak dok pasang lagu sayu, so baik aku pi
beradu..Nak tidoqq!!!


Hasil Kerja Haku...














Friday, May 8, 2009

.:: NaHhAii!!! ::.

MaLanG BuKaN HaNya Tak BeRbaU, Tp Jugak Tak NampaK

Adoyaiii...Nah rasakan..Kusangkakan panazz sampai kepetang, ghupanya dah terhantuk baru
tengadah..Tepat jam
1817, 17 April 2009 aku dapat sekeping surat chinta dr si baju n seluar
putih
..Skali
kna saman dgn trafik daa...Konon nk cepat, abih lampu Merah pon aku
redah!!Nahaiii skali lg lmbat plak jadinya..huh!!


Ceh, mnyesal aku x modified moto bg laju2 ckit, klao x mst smpat pecut punya lah..Ahakzz

Eh, anyway kpd abg trafik yang saman aku tuh, Tahniah diucapkn diatas sikap yg amanah &
mnjalankan tugas dgn baik..Slain tuh, aku jugak nk ucapkn Tahniah!! sebab dgn rasminya mnjadi
org 1st menlistkn aku sbagai pesalah trafik..Adoyaii 1st time kna saman da...Xpa, banyak g
pngalaman hidup yang aku xpnah rs..Pasnih ntah apa plak la yg bakal mnyusull...


P/s : Huh!!Kna berjimat la pasnih, ghimpun dwet nk bayaq saman..Kpd yang slalu
langgaq lampu merah tuh, bawak2 la insaff k...Tp, klao rs hebat sgt ikut sukaaa
la...Ahakkzzz

Wednesday, April 15, 2009

.::AkaL DaN haTi BerCanGgaH??::.

Bila Akal & Hati MuLa BrTelaGah, YanG ManakaH PatUt DiJadIkaN SaNdaraN??

Waaa...Keliru..PeNing..Dilema...Konpius..Tensen..Tertekann!! Itu la antara yang pasti kita rasa kan.
Akal & hati?? Owh, memang rumitklau hal2 yg mmbabitkn dua bnda nih..Tambah2 klau
hati dan akal tak sependapat kan. So, klau benda mcm nih terjadi, bisikan yg mn harus kita dengaq??
Apakah bisikan Hati or Bisikan dr Akal??

Ok, sblm kita jawab soalan td ada satu lg persoalan yg timbul..Sbnarnya dimanakah tmpat tumbuhnya
Iman Manusia?? Adakah ia berbenih dr dalam hati or akal? Ada yang kata Iman wujud dengan
bersandarkan kepada akal manusia yang mampu berfikir dan mmbuat kptsan..Dengan melihat
keagungan Allah, kehebatan ciptaanNya dan kekuasaanNya..

Tp, klau kita katakan Iman adalah dr akal, bagaimana pula bleh ada nas2 yang menunjukkan
wujudnya haiwan dan tumbuhan yang turut beriman kepada Allah S.W.T?? Sedangkn kita sndri
mngetahui yg kedua2 jnis makhluk ciptaan Allah tersebut tidak berakal!! So, Adakah Iman
sebenarnya terbit dari hati?? Sendiri pikir dan sila la study lg...

Errmm..Klau la btul Iman terbitnya dr hati, maka klau berlakunya konflik antara Hati dan
Akal adakah wajar suara hati yang prlu diutamakan?? Ohh..Tetiba terngiang2 bait2 lagu Mata Hati(Hijjaz)..

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Panfangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad zahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia

Arggh!!! Bersihkah hati aku untuk mendengar suara hati??

Friday, January 9, 2009

.:: Jgn Amik mudah bab mandi Wajib!!! ::.

Mandi wajib merupakan perkataan yg mudah disebut,ttp jgn tkejut jika 
dikatakan byk umat Islam di tanah air kita yg tidak sah mandi wajibnya 
kerana tidak melakukannya dengan betul. 
Untuk melakukan mandi wajib yg betul,ssorg itu tidak boleh 
melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung 
shj. Sebalikny, ia mesti dilakukan dlm kedua2 keadaan bg mbolehkan 
ssorg itu meratakan air keseluruh anggota badanny yg zahir. 

Penolong Pengarah Bahgian Dakwah, Jabatan Keamjuan Islam MAlaysia 
(JAKIM), Uztaz Hj MAt Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapaun, 
berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di pejabat agama islam 
gombak timur dan penceramah, didapati byk umat islam yg tidak 
mengetahui perkara ini. 
"Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi 
salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota 
badan yg zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yg dilakukan 
oleh ssorg itu juga turut tidak sah. Itu lah akibatny jika tidak 
melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di 
rumahny di taman sri keramat kuala Lumpur. 

Mandi wajib yg juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh 
dipandang ringan oleh umat islam. Setiap org yg mlakukanny mestilah 
mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib ssorg itu 
tidak akan sah. 

Rukun mandi wajib ada 3. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis 
di badan. Ketiga,meratakan air keseluruh anggota badan yg zahir. 

"Niat mandi wajib: "Shj aku mengangkat hasar besar 
kerana Allah Taala." 
Atau " Shj aku mandi wajib kerana Allah Taala." 

Niat itu di dlm hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai 
ke 
mana2 bhgn anggota badan. 
"Bagi ppuan yg habis haid, niat mandi wajib ialah: " Shj aku 
menggangkat hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi ppuan yg 
habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Shj aku mengangkat 
hadas nifas kerana Allah Taala". 

Niat itu jika dilambatkan atau ketika ssorg itu memulakannya slps dia 
tlh mbasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibny 
tidak sah. 
Oleh itu dia mestilah mmulakan kembali niatnya ketika dia 
mula 
menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat 
sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu 
mandi wajibnya tidak sah." Jelasnya lagi. 

Mengenai rukun mandi wajib yg ke2, iaitu menghilangkan najis yg ada 
pd badan, menurut uztaz hj mat jais, menurut imam nawawi, jika kita ada 
najis dibadan, najis itu blh dibasuh serentak dgn mandi wajib. 
Ertiny mbasuh najis dgn mandi itu boleh disekalikan. 

"Sementara rukun mandi wajib yg ke3, iaitu meratakan air keseluruh 
anggota badan yg zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yg ada di 
badan, sama ada 
bulu2 yg jarang atau lebat. "jika rambut ssorg itu ditocang 
atau disanggul,sekirany tak sampai air ke dalamny, tocang atau 
sanggul itu wajib la dibuka. Bulu2 dlm lubang hidung pula, tidak wajib 
dibasuh kerana dianggap batin. Ttp sekiranya, bulu2 di dlm hidung itu 
bernajis,ia wajibla dibasuh. 

"Mengenai kuku pula, jika di dlm kuku ada kotoran yg blh mhalang 
sampai air ke badan khususny di bhgn bwh kuku, kotoran itu 
wajiblah dibuang. 
Mbuang kotoran di dlm kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang 
mandi. 

"Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, ini lah yg 
merumitnya. 
Sbnrny jika rambut ssorg itu diwarnakan dgn pewarna slain inai,mandi 
wajib ssorg itu tidak sah. 
"Oleh itu, ssorg yg mwarnakan rambutnya dgn pewarna slain inai, jika 
dia hendak mandi wajib, dia mestilah mbuang pewarna pd rambutnya 
tlebih dahulu. Tp untuk mbuang pewarna itu pula bagaimana?..ini lah yg 
rumitnya. 
Sedangkan pwarna pd rambut itu sbnrny tidak blh dibuang begitu mudah. 
" Yang menyebabkan mandi wajib org yg menggunakan pwrna pd rambutny 
tidak sah kerana pwarna itu akan menyalut rambutnya yg menghalang air 
sampai ke rambut. Ini bbeza dgn inai. Inai sbnrnya akan meresap 
ke rambut, ttp pwarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air thalang 
ke rambut." 
"tp dlm hal ini, jgn pula ada yg slh phm. Sbnrny pwarna itu 
jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM sekiranya pwarna itu tidak 
bernajis, bukan lah bmaksud menjadi tidak sah?.. Dalam hal ini, 
sukalah sy menyatakan bhw sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. 
Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza. 

"Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun 
mandi wajib seperti yg telah sy nyatakan ini adalah merupakan perbezaan 
sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yg 
serius orlh umat islam. 

Mengenai sbb2 ssorg itu wajib mandi wajib pula, uztz hj mat 
jais menegaskan, ssb2 nya tdiri drp 6 sbb. 3 sbb mlibatkan lelaki 
dan ppuan iaitu kerana bersetubuh wpun tidak kuar air mani, keluar 
air mani dan mati. Manakala 3 sbb lagi hny mlibatkan kaum ppuan 
shj,iaitu keluar darah haid, nifas dan mlahirkan anak(wiladah). 
"Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dgn menggunakan air mutlak sama 
ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. 

"Bagi pasangan suami isteri yg bersetubuh pula,mereka tidak 
semestiny mandi slps bsetubuh, ttp diwajibkan mandi ketika ingin 
beribadat. Selepas bsetubuh pula, jika ia dilakukan pd waktu mlm, 
jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur 
itu adalah sunat, manakala tidak bwuduk sblm tidur adalah makhruh."

.:: CARA BERJIMAK MENGIKUT ISLAM ::.

(Persediaan di hari mendatang) hehehe


Masa berjimak untuk mendapatkan Zuriat Sempurna

Sabda Rasullah s.a.w.
"Wahai Ali ! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s"


1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah.
Jika Allah mengurniakan anak ia
akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.

2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi
seorang yang suka menumpahkan darah.

3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami dan isteri berwuduk.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.


4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan
mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan
rambutnya.


5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari).
Jika dikurniakan anak ia akan menjadi
seorang yang suka meminta-minta.

6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar).
Jika Allah
mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang
zalim, pada
tanganya membuat kebinasaan kepada banyak manusia.

7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng.
Jika allah mengurniakan anak, nanti anak
itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang
melewati batas.


8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir.
Jika Allah
mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.

9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga
malam.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang
zalim.

10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak).
Jika allah
mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, songlap dan
menghendaki dunia daripada akhirat.


Cara berjimak yang dituntut.

1. Berjimak pada malam Isnin.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang
berpegang teguh dengan
kitab allah dan redha terhadap segala pembahagian Allah s.w.t.


2. Pada malam selasa.
Jika allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan
Allah tidak akan azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya
berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat,

berdusta dan mengadu domba.

3. Pada malam Khamis.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang bijaksana di kalangan yang
bijaksana atau orang alim di kalangan orang alim.

4. Sewaktu matahari di tengah langit.
Jika Allah mengurniakan anak ia tidak dihampiri oleh
syaitan sehingga ia tua dan menjadi
seorang yang faqih serta Allah s.w.t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.


5. Pada malam Jumaat.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang
berwibawa dan petah.

6. Hari Jumaat selepas asar.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang
terkenal, masyhor dan alim.

7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir.
Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan
menjadi seorang yang terkemuka.

8. Bacalah doa berlindung dari syaitan.
Jika Allah kurniakan anak ia tidak dimudaratkan oleh
syaitan selama-lamanya.

.:: ULAT KELUAR DARI KEMALUAN ::.

Penangan Ilmu Lubang Jarum
(Cerita nih aku dapatkan homepage lain untuk dibuat pengajaran dan panduan)

Kira-kira 10 tahun lalu, Pak Lah datang ke rumah Pak Cu Rani untuk
memintanya mengubati penyakit anaknya yang terkena ilmu hitam. Ita (bukan
nama sebenar) merupakah anak Pak Lah yang sulung. Pada mulanya Pak Cu Rani
agak keberatan kerana inilah kali pertama dia berhadapan dengan situasi
yang sedemikian. Penyakit yang terkena Ita sememangnya sukar untuk diubati.


Bagi Pak Cu, dia bukanlah seorang bomoh handal kerana kebolehannya hanya
bergantung kepada jenis ilmu yang ditujukan. Setelah mendengar serba
sedikit daripada Pak Lah, Pak Cu berasa simpati dan mengambil keputusan
untuk pergi melihat sendiri keadaan anak Pak Lah itu.

"Begini sajalah Pak Lah, saya bukanlah pandai sangat, setakat nak
tengok-tengok tu bolehlah. Segala ikhtiar dan usaha itu segala-galanya
bergantung kepada kehendak dan izin Allah. Saya sekadar berusaha.." kata
Pak Cu merendah diri.

Pak Cu mencapai bajunya yang tersangkut di tiang dan terus pergi ke rumah
Pak Lah yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya. Ketika Pak Cu
menjejaki halaman rumah Pak Lah, kelihatan ramai sanak saudara yang datang
menziarahi Ita. Kebanyakkan daripada mereka kelihatan muram dan sedih.
Kesayuan dan kesedihan jelas terukir pada wajah mereka.

Apabila Pak Cu memasuki rumah Pak Lah, matanya terus terpandang kepada
sekujur tubuh yang terletak di tengah-tengah ruang tamu. "MasyaAllah…" rasa
sayu dan terkejutnya bukan kepalang. Ita yang terkenal dengan kecantikannya
boleh berubah dengan sebegitu rupa. Kecantikannya telah berubah menjadi
wajah yang pucat lesi. Matanya menjadi bulat, lengannya menjadi terlalu
kecil sebesar buluh runcing. Beliau hanya mampu mengaduh dan mengerang
kesakitan.

Namun apa yang lebih menyedihkan lagi apabila Pak Cu menyaksikan perut Ita
yang sebar sebesar tempayan. Perutnya itu semakin membesar sehingga tidak
mampu lagi ditampung oleh badan Ita yang sekecil itu.

Cubalah kita renungkan perasaan ibu dan bapanya. Siapa yang sanggup melihat
anak kesayangan menjadi sebegitu rupa. Siang dan malam hanya mendengar
rintihan kesakitan. Bagi Pak Lah dan isterinya, mereka sudah kering air
mata dan tidak mampu lagi untuk berbuat apa-apa. Bukannya tidak mahu
berikhtiar tetapi sudah beribu-ribu duit habis dibelanjakan untuk mengubati
anaknya itu.

Namun bagi Pak Cu yang tinggi ilmunya, dari kali pertama dia memandang
tubuh Ita, dia sudah tahu sememangnya Ita telah terkena ilmu hitam. "Memang
sah Ita terkena ilmu 'Lubang Jarum'. Ilmu ini selalunya datang dari
bomoh-bomoh Siam bagi mereka yang ingin melaksanakan niat jahat. Ianya
terlalu jijik dan dialknati agama", kata Pak Cu kepada Pak Lah yang duduk
disisi anak kesayangannya itu.

Menurut Pak Cu, mereka yang mengamalkan ilmu 'Lubang Jarum' ini telah
melakukan perkara yang paling terkutuk iaitu mengambil surah Yassin dan
mengelap najis padanya setiap kali membuang air besar selama 7 hari
berturut-turut. Satu lagi benda yang digunakan ialah mendapatkan tuala
wanita yang masih terdapat darah haid. Surah Yassin yang disapu dengan
najis tadi dibakar dan disapukan pada tuala wanita tersebut. Kemudian kedua
bahan tadi diberikan kepada bomoh untuk dijampi dan dipuja.

Betapa kejam dan terkutuknya perbuatan manusia sehingga sanggup melakukan
kerja yang dilaknati agama. Mereka ini sememangnya telah terpesong jauh
dari ajaran Islam kerana sanggup melakukan perkara sedemikian.

Setelah dijampi dan dipuja, pengamal ilmu ini hendaklah pergi mencari satu
mata air yang sedang mengalir kemudian bahan tadi hendaklah digunakan bagi
menutup lubang bagi menyekat aliran air supaya tidak mengalir. Selagi
lubang itu tertutup selagi itulah darah haid tidak akan keluar dari
kemaluan wanita yang dituju itu dengan ilmu hitam tersebut.

Kepada para wanita, berhati-hatilah semasa membuang tuala wanita kerana
khuatir boleh dijadikan bahan untuk melaksanakan niat jahat seseorang.
Berdasarkan cerita dan pengamatan Pak Cu, dia sedar bahawa Ita telah
terkena ilmu hitam oleh seorang pemuda yang sangat tergila-gilakannya.

Memang benar, Ita pernah menolak cinta seorang pemuda kerana pemuda itu
khabarnya seorang pengedar dadah. Pemuda itu merasa kelakiannya tercabar
lalu menyimpan dendam apatah lagi bila mendengar Ita telah bertunang dengan
Lokman seorang pemuda yang selama ini menjadi musuhnya. Keadaan ini
menyebabkan pemuda itu hilang pertimbangan sehingga sanggup melakukan
perbuatan sedemikian bagi melaksanakan dendamnya.

Pada peringkat awal, pemuda tersebut telah melemparkan fitnah kepada Ita
dan Lokman dengan mengatakan mereka telah membuat hubungan sulit sehingga
Ita mengandung. Ramai penduduk kampung terpengaruh dengan kata-kata pemuda
itu sehingga Pak Lah dan isterinya juga turut percaya. Masakan tidak
percaya kerana perut Ita semakin hari semakin membesar.

Lalu Ita dipukul dan dihalau oleh Pak Lah kerana dia beranggapan Ita telah
mencemarkan nama baiknya. Namun begitu Ita dan Lokman masih tetap
mempertahankan kesucian cinta mereka. Ita telah keluar dari rumah setelah
dihalau oleh kedua ibubapanya sendiri dan menumpang di rumah ibu saudaranya
di kampung seberang untuk beberapa bulan sehinggalah keadaannya benar-benar
tenat barulah Pak Lah datang mengambilnya semula.

Ketika Pak Lah datang, keadaan Ita sudah teruk. Rasa menyesal tidak
terhingga di hati Pak Lah kerana telah menuduh Ita tanpa usul periksa.
Mujurlah adik iparnya telah menjaga Ita dengan baik. Pernah beberapa kali
iparnya datang memujuk agar menerima Ita kembali kerana iparnya tidak
percaya Ita melakukan perbuatan terkutuk itu dan dirasakan Ita telah
terkena ilmu sihir.

Apa yang lebih mengharukan, Ita turut dikeji dan dihina oleh penduduk
kampung. Bagi Pak Cu sendiri itulah pengalaman yang paling tragis dan dia
juga merasa sedih dan terharu. Begitu kejamnya manusia sehingga sanggup
melakukan perbuatan yang sedemikian rupa.

Pak Cu berpendapat, penyakit Ita itu bukan sembarangan kerana daripada
wajahnya yang pucat dan badannya yang kurus kering itu terjadi akibat
daripada semua darah telah berkumpul di bahagian perut. Jika tidak
berhati-hati boleh mengancam nyawa. Atas dasar simpati dan perikemanusiaan,
Pak Cu terpaksa berkorban masa dan tenaga untuk mengubati Ita kerana ia
memerlukan proses yang agak rumit. Usaha Pak Cu yang pertama ialah perlu
membaca surah Yassin sebanyak 3 kali setiap malam selama 3 malam
berturut-turut.

Dalam proses Pak Cu membaca ayat-ayat tersebut, banyak kejadian aneh telah
berlaku pada Ita. Ita meracau-racau mengatakan Pak Cu ingin membunuhnya
namun Pak Cu tidak menghiraukan kata-kata Ita itu. Setelah membaca Yassin
selesai, ia dihembuskan ke dalam air dan kemudian air Yassin itu disapukan
pada celah ibu jari Ita. Pada masa itu Ita meraung sekuat hati.

Untuk malam berikutnya, Pak Cu membaca ayat Kursi sebanyak 170 kali iaitu
sebanyak bilangannya selama 3 malam berturut-turut. Ayat-ayat tersebut
dibaca dengan tertib mengikut tajwid yang betul. Dalam proses itu, Ita
meraung-raung, matanya bertukar menjadi merah dengan urat-urat kelihatan
merekah. Ketika air surah Yassin disapukan dikepalanya, rambut kelihatan
gugur sehingga kulit kepalanya jelas kelihatan. Sukar untuk dibayangkan
betapa dahsyatnya penderitaan yang dialami oleh Ita. Pak Cu masih
meneruskan usahanya selama 3 malam. Pak Cu berserah dan bertawakal kepada
Allah s.w.t.

Setelah sampai di rumah Pak Lah, dia mendapati keadaan Ita semakin serius
dan teruk. Pada malam itu, usahanya agak berlainan sedikit di mana dia
terpaksa menggunakan kemenyan, kapas dan buluh runcing yang dikerat
bukunya. Ketika ayat Kursi dibaca sebanyak 120 kali, Ita bangun dan
meronta-ronta mengamuk dan ingin mencekik semua orang yang ada pada malam
itu. Keadaan rumah menjadi kelam-kabut. Masing-masing lari bertempiaran
untuk menyelamatkan diri, Pak Cu segera mengambil air surah Yassin lalu
disimbah kepada Ita, barulah dia rebah kembali kepada asalnya. Namun
selepas itu, Ita kembali mengamuk dan mengigit lengannya sehingga beberapa
bahagian lengan terkoyak.

Boleh dikatakan jika sesiapa yang ada pada malam itu pasti akan menitiskan
air mata termasuklah Lokman yang sudah tidak tahan lagi meratapi
penderitaan yang dialami oleh Ita yang begitu dahsyat. Setelah selesai
membaca ayat Kursi sebanyak 170 kali, Pak Cu melakukan ikhtiarnya yang
terakhir.

Pak Cu mengambil kapas yang dibasahkan dengan air surah Yassin dan dikepal
sambil membaca ayat-ayat penyembuh. Kapas tersebut digumpal sehingga
menjadi bulat dan kemudian disumbat pada hujung pangkal buluh. Pak Cu
mencurahkan air surah Yassin perlahan-lahan ke dalam buluh tersebut
sehingga penuh. Dia membakar kemenyan dan mengasap buluh tadi sambil
membaca ayat penyembuh. Ita semakin kuat meronta-ronta dan ketika itu atap
rumah yang terletak setentang dengan tempat pembaringan Ita tercabut dan
terpelanting tiba-tiba. Seluruh tetamu terkejut dan terpaku serta tidak
berkata apa-apa.

Pak Cu tahu yang merempuh atap tersebut ialah sejenis makhluk halus yang
digunakan bagi melaksanakan niat jahat tersebut. Pak Cu nampak seekor beruk
besar dan bertaring panjang sedang merempuh atap sehingga tercabut. Wajah
Ita kelihatan berubah dan dia sudah mampu menyebut dan memanggil ayah dan
ibunya.

Segera Pak Cu memanggil Pak Lah untuk menyatakan sesuatu. Bagi Pak Cu, apa
yang perlu sekarang ini ialah berserah dan berdoa sahaja kepada Allah agar
Ita dipanjangkan umur. Ini memandangkan penyakit Ita sudah amat kritikal.
Setelah mendapat keizinan Pak Lah, Pak Cu meneruskan ikhtiarnya. Dia
mengambil buluh runcing tadi lalu ditiup sambil membaca ayat-ayat suci.
Seketika kemudian kapas yang ada pada hujung buluh runcing tadi tercabut
dan terjatuh bersama air surah Yassin.

Di saat itu, Ita meraung kesakitan dan darah mengalir keluar dari
kemaluannya. Darah hitam pekat busuk itu bercampur dengan ulat-ulat yang
cukup meloyakan. Ia terlalu banyak sehingga memenuhi ruang tamu. Pak Lah
mengajar Ita supaya mengucap dan ingat kepada Allah.

Seketika kemudian, Ita menghembuskan nafasnya yang terakhir. Seluruh isi
rumah ketika itu meratap hiba dengan pemergian Ita yang sungguh menyedihkan
itu. Ayam dan itik di bawah rumah habis mati bergelimpangan pada keesokkan
harinya disebabkan termakan ulat beracun yang keluar bersama darah Ita
malam itu.

Ita telah selamat dikebumikan dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh
Ita. Sesungguhnya beliau benar-benar telah terseksa sepanjang hidupnya
akibat sifat dengki manusia yang tidak berhati perut

.:: Anda Pengunjung Yang Ke ::.