.:: BosS!! ::.
UntUk SeNanG aTaU UntUk SusAh??
BOSS?? Apa tue BOSS??Jnama minyak wangi ka? Jnama sluaq jeans ka? xpon nama orang? Ha3
Apa punya sengal la klao tuh pon xtao, BOSS mst la sowang ketua atao Otai la org kata dlm
satu2 organisasi atau tempat.. Btul la kan.. Klao rs xyakin, kna la buka kamus cr makna sbnar..
Pastuh gtao kat aku sama, sbb aku pon x mnyempat nk buka semak kamus...Hu3
Tp sbnarnya apa yang aku cuba nak kupas kat sini bukan la tentang pengertian BOSS ka hapa ka..
Cuma nk mmbawa minda aku yg dah berkarat nih (agaknya lah) untuk menyelami apakah yg
aku paham tntang seseorang yg dinamakan BOSS...
Aku tertanya-tanya la jugak (sekali-sekala) apa tujuan seseorang tuh nk jadi BOSS??
Apakah disebabkan dia nk senang atao nak susah?? Sebab pd aku, kat sinilah kita leh mnilai
apakah sowang BOSS tuh BOSS yang baik atao sowang yg hampeh... Sebab?? Ya la,kita masing2
tai klao jd BOSS maknanya kita jadi ketua..Bila jadi ketua, maknanya jawatan kita besaq la kan..
Bila dah jawatan kita besaq, tanggungjawab pon mst la besaq kn.. Disamping tue, mmg la
xdinafikan umah, keta, gaji pon akan turut sama jd besaq.. So, cuba tanya BOSS2 yang ada
berdekatan kita, dia jadi BOSS sebab nk senang ka sebab nak susah??
Klao BOSS yang nk senang, biasanya dia adalah jnis yang lbih memandang rumah besaq, gaji
besaq, dan keta besaq.. So, BOSS yang jnis nih biasanya adalah jnis yang suka mengarah.. Sikit2
panggil anak buah, sikit2 suruh orang bawahan wat keja nih, sat2 plak suruh wat keja nih..
Tugas dia hanya nk mengarah org wat keja ja.. Hari2 keja dia mengarah.. Ya la, mmg xdinafikan
dah nama BOSS mst la kna mengarah..Tp xkan smpai nk photostat sehelai pon nk mntak org
bawahan wat... Adooyaiii...
Bg kategori yg ke-2, BOSS yang menjadi BOSS sebab nk susah.. BOSS jnis nih mmg xbanyak..
Biasanya dia jnis yang memahami tanggungjawab2 yg bakal dipikul sbgai sowang BOSS..
Dia juga kebiasaannya mempunyai semangat kerja yang kuat dan bijak dlm merancang serta
memberikan arahan atau menguruskan orang2 bawahannya.. BOSS jnis nih biasanya bijak
mendekati org bawahan, malah dihormati serta disukai ramai..
So, maknanya kna jd BOSS untuk susah la ekk?? Tp, mn ada org suka hidup susah.. Ha3
Mmg r, org gila pon xmaonya idup susah.. So, jgn salah paham apa yg aku mksudkn...
Maksud aku,
*Sebenarnya mnjadi BOSS x susah, cuma tanggungjawabnya berat & besar..
*Tnggjwb tu plak, xkn dirasa berat atao besar kalao kita pandai mengurus &
merancang..
*Kita pula akan bijak mengurus dan merancang jika kita paham & tao apa
sbnarnya tugas kita..
*Kita juga akan tao dan paham apa sbnarnya tugas kita klao kita tao & paham
apa tugas setiap org bawahan kita..
*Dan untuk Tao dan paham tugas org bawahan, kita mst lah bijak bergaul &
mendekati org bawahan.. Errkk, ya ka.. Knapa ekk???
Sebabnya, Pada pendapat aku, BOSS yg baik ialah yang bijak menggunakan pendekatan
untuk memberikan arahan dan bukannya yg hanya pandai memberikan arahan.
Hal ini kerana, untuk memberikan sesuatu arahan, seseorang itu hanya memerlukan
keberanian dan keyakinan diri, namun untuk menggunakan pendekatan yg bijak dlm
mmberikan sesuatu arahan, seseorang itu mmerlukan ilmu, kebijaksanaan, kekretivitian
dan juga keberanian. Sedangkan untuk mnjadi BOSS, bukan hanya mmerlukan keberanian
atau keyakinan, tetapi juga memerlukan kebijaksanaan, kekretivitian, dan yg pling penting,
ilmu..
So, BOSS2 yg dluar sana, eh silap..BOSS2 atao bakal2 BOSS yang mmbaca entry aku nih, jgn
hanya pandai mengarah jerr ekk.. Pandai2 la mggunakan pendekatan yg sesuai untk
mmberikan arahan agar org bawahan tak terasa tertekan dgn arahan yg diberikan bahkan
diterima dgn hati terbuka dan pnuh rs hormat..
P/S: Aku mmg respek r BOSS aku!!! U r THe BesT BOSS!!!
OoYeEaahHh...
BOSS yang dihormati ialah BOSS yang menghormati org bawahannya..


No comments:
Post a Comment